Saturday, 23 February 2013

3 Perlawanan Liga Super Berakhir Seri Tanpa Jaringan

FELDA United FC berjaya mengikat Johor Darul Takzim 0-0 pada aksi Liga Super di Kelana Jaya, Semalam.

Beraksi tanpa pemain import dari Sepanyol, Daniel De Guiza dan Ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim ternyata corak permainan pelawat seolah-olah tidak teratur dengan banyak hantaran di bahagian tengah berjaya
dikekang pemain Felda United.

Walaupun Felda United beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd Ghaddar dilayangkan kad kuning kedua pada masa tambahan separuh masa kedua, Johor gagal memanfaatkan kelebihan tersebut dan terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang satu mata.

Perlawanan Negeri Sembilan dan T-Team juga tiada gol dijaringkan. Perlawanan bermula seimbang apabila bola lebih banyak berlegar di tengah padang dalam pertemuan tersebut di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Tampak kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berhati-hati, sambil saling menguji antara satu sama lain.

Namun, semangat pemain Negeri Sembilan harus dipuji bagi memastikan kemenangan pada perlawanan seterusnya, sekaligus membaiki kedudukan pada carta liga. Permainan seimbang, kedua-dua pasukan berkongsi mata.


SELANGOR sekali lagi gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila hanya terikat 0-0 dengan PKNS dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dengan keputusan itu, Selangor bukan sahaja gagal bangkit daripada kekalahan minggu lepas, sebaliknya misi The Red Giants  untuk merapatkan jurang mata turut tidak kesampaian.
Dalam aksi pertama, Selangor terlebih dahulu menguji gawang lawan apabila tendangan percuma menerusi Mahali Jasuli kepada Afiq Azmi nyaris membuahkan hasil.
PKNS membalas serangan pada minit kelapan menerusi Patrick Ronaldinho, tetapi tendangannya berjaya didakap kemas  penjaga gol tuan rumah, Sharbinee Allawee Ramli.
Pada aksi seterusnya Selangor akan bertemu  T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah 5 Mac, manakala PKNS menentang Terengganu di Stadium Shah Alam 2 Mac nanti.-sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib