Sunday, 24 February 2013

23 GRO Vietnam diselamatkan di pusat karaoke


Polis menyerbu sebuah pusat karaoke dekat Menara PGRM, Pudu Ulu di sini dan berjaya menyelamatkan 23 wanita pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.

Serbuan dilakukan sepasukan polis unit Anti Pemerdagangan Orang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman diketuai Deputi Superintendan Nor Omar Sappi, kira-kira pukul 1 pagi semalam.

Menurut Nor Omar, kesemua wanita Vietnam berumur antara 19 hingga 35 tahun itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan empat individu termasuk penjaga dan juruwang premis tersebut turut untuk diambil keterangan.

Katanya, risikan polis mendapati, pelanggan yang mahu layanan seks daripada gadis Vietnam tersebut hanya perlu berbincang terus dan bayaran dikenakan sebanyak RM300.

"Pemilik premis mengambil wanita Vietnam kerana mahu cepat mengaut untung kehadiran pelanggan yang banyak yang datang kerana mahu menikmati layanan seks wanita Vietnam," ujar.

Jelasnya lagi, pengusaha premis bakal berhadapan dengan tindakan Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah.

Semua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini untuk tindakan lanjut.-kosmo

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib