Tuesday, 26 February 2013

(10 Gambar) Aksi Pertama David Beckham Dengan Kelab PSG


David Beckham menikmati penampilan sulungnya bersama Paris Saint-Germain apabila dia tampil dari bangku pemain simpanan untuk membantu mencipta gol kedua ketika kemenangan 2-0 pendahulu Ligue 1 itu ke atas musuh tradisi, Marseille, awal pagi semalam.
Kemenangan itu membolehkan pasukan kendalian Carlo Ancelotti mendahului tiga mata di depan Lyon yang terdahulu menundukkan Lorient 3-1.

Beckham, bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy, masuk pada minit ke-76 pada malam dingin dan bersalji di Paris dengan mendapat tepukan gemuruh.





Selepas sentuhan pertama dan dua lagi hantaran tepat, larian bola di bahagian sayap diiringi ejekan penyokong Marseille yang cuba menaikkan semangat pasukan mereka mencari gol penyamaan lewat perlawanan.

Namun bagaikan satu penamat Hollywood dalam penampilan sulungnya, Beckham memastikan tajuk utama akan sekali lagi memaparkan namanya dengan memainkan peranan penting bagi gol kedua PSG.

Pemain Inggeris berusia 37 tahun itu, pemain tertua dalam Ligue 1, bermain umpanan satu-dua bersama Jeremy Menez yang kemudian melakukan hantaran lintang yang singgah di kaki Zlatan Ibrahimovic bagi gol ke-22 pendahulu penjaring gol terbanyak dari Sweden itu.-harian metro




1 comments:

  1. KUALA LUMPUR: Perlawanan peringkat kumpulan minggu pertama berakhir dimana kita dapat menyaksikan pasukan - pasukan yang bertanding telah membuat persediaan rapi untuk Kejohanan Ragbi KRM Liga Super kali ini. Juara tahun lepas, pasukan Cobra tarik nafas lega apabila telah dapat menewaskan pasukan Bandaraya Dragons dengan mata kemenangan sebanyak 10 berbalas 8 dalam perlawanan Kumpulan A Kejohanan Ragbi KRM Liga Super 2013 yang diadakan di padang Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

    Kemenangan pasukan Cobra yang dibimbing oleh Mohd Romli Saad amat bermakna apabila gandingan mantap pemain pemain baru dan berpengalaman berjaya mengekang asakan pasukan lawan. Sementara itu, Pasukan Keris Conlay mengenepikan RMAF Blackhawks dengan kutipan mata sebanyak 33 berbalas 24 dalam saingan awal Kumpulan B ditempat yang sama.

    Baca artikel selanjutnya...

    Video@Sukandaily
    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Cup - Super - Sabah Eagles vs NS Wanderers

    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Cup - Club - Hong Kong vs SSTMI Express

    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Plate - Liga Super - Keris Conlay vs Bandaraya Dragons

    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Cup - Colts - SSTMI Panthers vs Smookies

    Jonah Jones Sevens 2012: Akhir Club - Navy ORCA vs Majlis Perbandaran Klang

    HSBC Asian 5 Nations 2012 - Akhir: Malaysia vs Thailand

    HSBC Asian 5 Nations 2012 - Separuh Akhir: Malaysia vs China

    Kejohanan Ragbi Prince Cup 2012: NS Wanderers vs Kelab Diraja Selangor







    www.sukandaily.com.my
    Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Keputusan | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib