Thursday, 10 January 2013

Zizan Tercalon 8 Kategori Anugerah Bintang Popular 2012


“Saya bersyukur dan sentiasa berdoa semua orang terutama peminat suka, selesa dan puas hati dengan persembahan saya. Apa yang saya kecapi kini semuanya berkat doa,” kata pelawak terkenal, Zizan Razak yang mendapat pencalonan terbanyak iaitu lapan pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH) kali ini.
Pencalonan itu turut menyaksikan Zizan mengenepikan calon popular lain seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Shaheizy Sam. “Terus terang, saya tidak percaya apabila dicalonkan sebanyak lapan kategori terutama dalam kategori online seperti Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular yang turut dipertandingkan pada ABPBH 2012,” katanya kepada pemberita dalam sidang media kedua dan pengumuman lima finalis ABPBH 2012 di sini, semalam.
Ditanya peluang untuk menang, Zizan berkata, dia lebih suka menyerahkan kepada peminatnya untuk menilaikan sendiri.
Zizan mendapat pencalonan terbanyak iaitu sebanyak lapan kategori yang dipertandingkan pada ABPBH 2012 membabitkan tiga kategori utama iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.
Lima lagi pencalonan membabitkan kategori Watak Jahat Dalam Filem atau Drama, Gandingan di Layar Serasi (bersama Johan Raja Lawak), Artis Berpengaruh di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular. Sementara itu,, pelakon dan pengacara jelita, Neelofa Mohd Noor pula mendapat pencalonan kedua terbanyak iaitu sebanyak tiga kategori utama iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular. 
Pengumuman membabitkan lima finalis setiap kategori utama dan tujuh finalis kategori online di laman web ABPBH itu disempurnakan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan dan Hiburan Berita Harian (BH) merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012, Hanizam Abdullah dan Pengarang Hiburan BH, Shamsul Azree Samshir. Hadir sama, Pengarang Kumpulan BH selaku penaung ABPBH 2012, Datuk Mior Kamarul Shahid.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib