Tuesday, 8 January 2013

Zizan berjaya buat persembahan solo tanpa johan


Pada malam Jumaat lalu, saya sempat menonton di kaca TV pertarungan sengit Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012) yang berlangsung buat pertama kali di Terengganu. Pada kala kumpulan lain begitu kukuh bersaing kerana beraksi secara berdua dan bertiga, saya tetap seronok dan terhibur menonton keletah lawak yang dipamerkan Zizan.
Walaupun terpaksa beraksi berseorangan kerana Johan tidak dapat turut serta akibat mengalami kecederaan ligamen lutut dan masih mendapatkan rawatan, Zizan nyata mampu membuktikan dia boleh berlawak seorang diri dengan baik atau dengan erti lain berdikari. Bukan apa, saya  ernah dengar orang cakap Johan hanya kuat apabila bersama Jozan saja. 
Pada hal, hakikat sebenarnya kecemerlangan Jozan bersandarkan kepada gandingan mereka berdua yang serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Oleh itu, jika selama ini saya  dengar ramai mengatakan Zizan menumpang kehebatan lawak Johan, tentunya sama sekali perkara itu tidak benar.
Apapun, selain Jozan yang sentiasa muncul dengan idea kreatif setiap minggu, kumpulan Jambu juga saya  apati tak kurang hebatnya. Jambu yang dianggotai Taukeh dan Yus juga serasi berganding bersama, selain mereka juga memiliki kelebihan apabila memperoleh sorakan paling gamat penonton setiap minggu.
Pun begitu, antara Jozan dan Jambu, saya  ebenarnya cukup teruja untuk menantikan siapakah juara MLM2012 memandangkan saingan antara kedua-duanya cukup sengit. Pun begitu, saya  uga sedar kumpulan Boboi, Shiro dan satu-satunya wakil tunggal dari Indonesia, Saywho usah dipandang remeh.

Tugasan pertama

                                                               Tugasan Kedua

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib