Tuesday, 8 January 2013

Yuna puas hati persembahan aizat


Nun jauh di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), pemenang trofi utama Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27), Yunalis Zarai teruja apabila lagu ciptaannya, Terukir di Bintang menewaskan 11 lagu lain di pentas berprestij AJL27, malam kelmarin. 

Berkongsi kegembiraan, Yuna mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan sekalipun ramai menganggap, detik itu menjadi lebih manis jika Yuna mendendangkan sendiri lagu ciptaannya.  Melalui Twitter dan temuramah menerusi Skype yang disiarkan program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 semalam, Yuna mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat atas kemenangannya itu. 

Alhamdulilah terima kasih @adilhalim @efryarwis @pa_anoid, @MuhdAizatAmdan for being awesome (kerana anda hebat) & @agcoco for producing Terukir with me (kerana menerbitkan Terukir bersama saya). 

Last but not least thank you to all the fans (akhir sekali kepada peminat) @KSMYOFFICIAL @yunanews.. Uji Rashid for inspiring me (kerana memberi inspirasi kepada saya) and muzik-muzik/AJL/TV3, katanya melalui Twitter yang dilayangkan beberapa jam selepas berakhirnya AJL27, malam kelmarin. 

Ketika ditemuramah melalui Skype dalam program MHI yang turut mengundang Aizat dan kumpulan Pahlawan, semalam, Yuna mengaku cemburu kerana tidak dapat meraikan kemenangannya bersama mereka. 

Ketika ditemubual hos Ally Iskandar, Zaim Helmi Zaini dan Nadia Anuar dalam rancangan itu, Yuna memberitahu dia amat berpuas hati dengan persembahan ala Melayu klasik berkonsepkan Perancis hasil ideanya oleh Izat dan teman-teman kumpulan Pahlawan. 
Yuna yang dimaklumkan kemenangannya oleh ibu, mengaku menggemari aksi bersahaja Aizat yang menyanyi sambil memegang cawan berwarna merah. Aksi itu kata Yuna cukup klasik dan santai. 

Sementara itu, Penerbit MHI, Mohd Izwan Ibrahim, Yuna menyumbang rakaman videonya ketika berada di Perancis sebagai paparan visual untuk persembahan pada malam itu. 

Yuna amat berpuas hati dengan Aizat kerana melakukan persembahan dengan baik dan gembira melihat lagunya dipersembahkan seperti apa yang diinginkan. 

Melalui temuramah itu, Yuna memberitahu dia gembira melihat konsep lagu dan persembahan Aizat dengan gaya tersendiri. Yuna sekarang sedang sibuk dengan komposer David Foster yang dianggapnya bos barunya dan dia akan muncul dengan album keduanya tahun ini, katanya.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib