Thursday, 3 January 2013

(Terkini) QPR kalahkan Chelsea 1-0

PASUKAN yang berada di tangga paling bawah Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) memperoleh kemenangan 'manis' apabila menewaskan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge, semalam.

Gol tunggal perlawanan itu disumbangkan oleh Shaun Wright-Phillips pada minit ke-78.

Ia merupakan kemenangan kedua bagi QPR setelah menyempurnakan 21 perlawanan.

Chelsea yang berhadapan dengan kontroversi ekoran pemecatan pengurus dan pemilihan pengurus sementara baru-baru ini mengharapkan kemenangan pada perlawanan semalam bagi menghidupkan peluang misi mengejar takhta EPL musim ini.

Malah ramai meramalkan Chelsea akan menang mudah ke atas QPR.

Sebaliknya QPR pula menjaringkan satu-satunya gol, sekali gus membawa balik mata penuh.

Berikut keputusan perlawanan semalam:

Chelsea (0) - QPR (1)

Liverpool (3) - Sunderland (0)

Newcastle United (1) - Everton (2)

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib