Thursday, 10 January 2013

(Terkini) Dua OKT loloskan diri mati ditembak polis


Dua daripada tujuh orang kena tuduh (OKT) yang melarikan diri daripada kawalan polis Isnin lalu mati ditembak ketika menaiki sebuah kereta curi di Kampung Padang Ibu, Guar Perahu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, salah seorang daripada suspek yang mati ialah Mohd. Fairuz Adam atau dikenali sebagai Joe Mafia, 31, dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah.

Dia dikatakan melepaskan tembakan ke arah polis yang mengejarnya sejauh hampir dua kilometer dari Kubang Semang, Bukit Mertajam selepas dikesan mencuri kereta Proton Perdana.

Kereta dinaiki oleh Mohd. Fairuz bersama seorang lagi tahanan dikatakan terbabas lalu terjunam dalam tali air di Kampung Padang Ibu.

Polis sedang memburu lima lagi OKT yang melarikan diri.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib