Tuesday, 8 January 2013

Remaja perempuan diragut empat lelaki

Gambar hiasan
 Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun cedera di kepala dan leher apabila diragut oleh empat lelaki tidak dikenalinya di Taman Sang Kancil kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurut mangsa, dia sedang menunggang motosikal tiba-tiba datang empat lelaki yang menaiki tiga motosikal berasingan.

Mangsa berkata, seorang daripada suspek kemudian menendang motosikalnya sehingga jatuh. Suspek terus meragut rantai leher, memukul dan kemudiannya melarikan motosikalnya.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan parah bagaimanapun dibantu oleh Ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sebelum diserahkan kepada unit MPV Balai Polis Lunas untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kepada penunggang motosikal terutama golongan remaja perempuan supaya tidak memakai apa-apa barang kemas yang berharga kerana ia hanya akan mengundang kejadian jenayah.

“Selalu kami ingatkan juga agar penunggang motosikal jangan meletakkan beg di dalam raga motosikal, ini semua adalah faktor kejadian ragut sering berlaku,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib