Wednesday, 2 January 2013

Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) Kelantan vs ATM 5 Januari 2013

 Semua pasukan sedang sibuk memperkemaskan skuad masing-masing menjelang musim baru Liga Malaysia 2013. Paling mencabar buat Kelantan yang sudah tentu berdepan harapan tinggi penyokong mereka takkala menjulang kejuaraan trebel musim ini apabila ‘menyapu bersih’ ketiga-tiga trofi iaitu Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia. Apatah lagi mereka bakal dicabar kuat oleh pasukan bintang, Darul Takzim FC dan beberapa pencabar lain yang dilihat berpotensi untuk menggugat keupayaan pasukan dengan gelaran The Red Warriors itu.

Peluang pertama pengendali Kelantan Bojan Hodak untuk membuktikan kemampuan Kelantan musim 2013 adalah memburu trofi sulung apabila Kelantan dijadual berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) yang akan berlangsung pada 5 Januari 2012 ini.


Jika diikutkan di atas kertas, Bojan dilihat tidak berdepan masalah mengekalkan kecemerlangan Kelantan bagi musim 2013 apabila sebahagian besar pemain Kelantan membuat keputusan untuk kekal di Kota Bharu musim depan. Sedangkan ATM pula kehilangan beberapa pemain tonggak mereka yang telah berhijrah ke pasukan bintang, Darul Takzim FC. 
Justeru, Bojan Hodak sepatutnya tidak memiliki sebarang alasan seandainya Kelantan gagal mengulangi kejayaan kali ini. Semoga TRW terus maju dan terus menguasai Liga Super 2013!

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib