Thursday, 31 January 2013

Petua Mengelakkan Perasaan Marah Mengikut Islam

Astagfirullahalazim…Sambil pejam mata dan hembus nafas keluar dari mulut perlahan-lahan. Kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembus kuat-kuat. Tuh la yang saya selalu praktikkan bila berada dalam keadaan marah. Dan saya akui agak berangin sikit, sikit aje la tak banyak cuma berangin tuh bertempat dan bukannya secara membabi buta. Sikap marah memang sedia ada dalam diri setiap manusia kan, yang bezanya adalah cara dia mengawalnya. Ia bukan sikap luar biasa but it’s normal bagi seseorang manusia. Agak geram dengan adik yang suka bersikap sambil lewa, sememangnya dia nih memang agak merisaukan saya sikit dah pesan sejak awal bulan lepas buat IC baru dan buat buku bank baru, rupanya masih tak settle lagi.
Saya fikir dia dah buat rupanya masih tak berbuat. Yang geramnya dia pergi berjalan-jalan kat Perak tuh bleh plak Bank Islam dan JPN plak tak jumpa. Balik cuti seminggu, hari nih last office buka baru nak pergi, Ahad nak balik sana dah, bukan tak nak tolong tapi sampai bila nak harapkan orang lain, lagipun saya bukannya sihat sangat untuk bergerak ke sana ke mari. Tapi saya paksa dia pergi ke CIMB, lebih senang dan cepat sikit. So nampaknya dah tak jalan dah ‘slow talk’ kena ‘push’ sikit biar dia rasa, faham sikit erti tanggungjawab dan tak bersikap sambil lewa. Sebab yang untungnya nanti diri dia jugak.
Rasanya ok kot saya share tips menghilangkan marah dalam Islam nih hari nih. Jom kita tengok beberapa tips atau cara-cara menghilangkan marah dalam Islam nih :
1) Ubah posisi duduk.
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah sedikit posisi kedudukan kita. Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri elok lah kita duduk supaya reda sikit marahnya tuh. Seperti sabda Rasulullah SAW,
“Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
2) Ambil wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan amarah. Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya.
“Marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis riwayat Abi Daud)
3) Meminum air.
Minum air jugak boleh meredakan rasa marah. Apabila minum air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.
4) Berdiam diri apabila marah.
Bak kata orang, diam itu lebih baik. Memang ada benarnya. Apabila kita diam, bukan sahaja dapat mengawal marah malah dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tak sedap di dengar.
5) Menyampaikan kemarahan secara positif.
Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggi suara. Tapi seeloknya kawal ia baik-baik. Cuba untuk ‘slow talk’ dan tidak memekik atau bersikap garang.
6) Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam.
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah. Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak. Otak rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada.
7) Keluar dari rumah.
Keluar dari rumah jugak merupakan satu cara untuk menghilangkan rasa marah. Bila marah tuh dah tak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin. Dikhuatiri bila duduk dalam rumah lain plak jadinya.
p/s : Alhamdulillah, lepas kena marah tindakan dia cepat, dan dah ada buku bank tanpa banyak kerenah.
tips lagi,, bila dah marah orang ringankan mulut untuk melemparkan senyuman dan banyak bercakap dengan dia try untuk ‘slow talk’, supaya takde rasa jauh hati antara individu.selamat mencuba semua.

sumber sini

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib