Wednesday, 2 January 2013

Persiapan Penyu tetap gigih walaupun dalam banjir


Jurulatih Terengganu, E. Elavarasan mengakui mereka mengalami kesukaran berdepan dengan keadaan banjir yang melanda negeri itu, namun memberi jaminan persediaan pasukannya tidak terjejas sama sekali.
Kesukaran itu katanya, hanyalah berkaitan usaha mereka mendapatkan padang latihan 'Si Penyu' yang kebanyakannya dinaiki air sebagai persediaan menjelang aksi sulung Liga Super 2013 melayan Felda United di Kuala Terengganu.

"Ketika ini kami hanya berlatih di padang Gong Badak yang tidak terjejas dengan banjir manakala Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah juga bebas daripada masalah itu dan cuma ditutup bagi menjaga keadaan rumput sebelum perlawanan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Elavarasan menambah, keadaan banjir turut membataskan rancangannya mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan pra musim tetapi dia sekali lagi menegaskan bahawa masalah itu tidak sesekali boleh dijadikan alasan gagal menyerlah musim ini.

Dalam persahabatan sebelumnya, mereka seri 2-2 dengan kelab senegeri, T-Team yang kini dilatih Peter Butler. "Saya fikir perlawanan pertama dengan Felda United pasti sengit kerana kedua-dua pasukan turun dengan azam baharu untuk membuka musim dengan tiga mata apatah lagi lawan dilatih jurulatih baharu (K. Devan)," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib