Tuesday, 8 January 2013

Mufti Minta Buat Solat Hajat Hadapi Ribut Tropika Sonamu

Pergerakan angin  yang menghala ke Semanajung Malaysia

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu bimbang dengan laporan ramalan ribut tropika Sonamu hingga menjejaskan diri sendiri. Menurutnya, cara terbaik ialah melakukan solat Hajat dan berdoa bagi mengelak musibah itu berlaku.

“Apa yang diramal tidak semestinya akan menjadi kenyataan dan orang ramai tidak perlu menjadikannya sebagai satu ketakutan yang besar” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, ramalan berkenaan menggunakan sistem dan fakta supaya menjadi panduan kepada orang ramai namun semua tragedi yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT.

“Di Pahang kita sudah bersiap sedia awal dan solat Hajat sudah pun dijalankan selepas menerima titah Sultan Ahmad Shah. Kita mohon kepada semua untuk berdoa bagi menolak bencana alam seperti ini,” katanya.

Ramalan Ribut Tropika Sonamu yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia berlaku bermula hari ini hingga Jumaat ini menimbulkan rasa bimbang kepada orang ramai terutamanya  nelayan dan penduduk di Pantai Timur.
Ribut Sunamo dijangka menyebabkan angin kencang serta hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir gelombang ketiga di negeri ini.
Ribut tropika dengan kekuatan 112 kilometer (km) sejam itu kini berlegar di perairan Laut China Selatan, namun orang ramai tidak perlu panik kerana ia dijangka tidak akan membadai negara ini.
Sebaliknya, kekuatan ia dijangka berkurangan kepada 36km sejam dan menghampiri perairan Dungun sejauh kira-kira 600km hari ini dan esok.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad memberitahu, walaupun kekuatan sudah berkurangan namun awan yang disedut ribut berkenaan ketika ini hingga menyebabkan cuaca panas akan dilepaskan ketika kekuatan ribut itu berkurangan.
"Awan tersebut akan menyebabkan hujan lebat kemungkinan menyebabkan banjir besar yang berlaku ketika gelombang pertama dulu atau lebih besar lagi.
"Ribut ini tidak pernah berlaku di negara ini dan kita sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya semalam.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib