Saturday, 5 January 2013

Mat Yo Bayar 250 Ribu saja dan Bukan 400 Ribu


“MAT Yo sedia bayar pampasan untuk tebus kontrak tapi jumlahnya bukan RM400,000.”
Itu titah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut menyifatkan kenyataan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa agak keterlaluan kerana Norshahrul Idlan Talaha seolah-olah bersikap berdiam diri.

Tunku Ismail berkata, Norshahrul sudah melantik peguam untuk menguruskan pembayaran tebus kontrak itu tapi jumlah yang akan dilunaskan mengikut ketetapan mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila menetapkan mana-mana pemain yang berpindah ke pasukan baru perlu membayar maksimum RM250,000 mengikut peraturan Artikel 39.2 “Hentikanlah! Kenapa perlu berdrama lagi. Saya hairan dengan sikap seorang individu yang dianggap ikon bola sepak Kelantan tapi cuba mempolitikkan bola sepak. Kita sudah berada di era bola sepak profesional, sikap mestilah profesional juga dan tidak perlu kebudak-budakkan.

“Segala pampasan Kafa terhadap Mat Yo, beliau sendiri yang akan selesaikan dalam masa terdekat. Malah dia sudah melantik peguam untuk menyelesaikan urusan itu, namun semuanya mengikut peraturan ditetapkan FAM dan saya tidak nampak kenapa dia kena bayar sampai RM400,000.

“Nasihat saya, janganlah ambil kesempatan, cubalah bersikap profesional. Jika FAM tetapkan jumlah itu yang perlu dibayar, maka Mat Yo akan melangsaikannya secepat mungkin dan saya juga tidak mahu isu itu berpanjangan. “Saya harap tiada persatuan negeri cuba memburuk-burukkan satu sama lain kerana kita berada di bawah satu bumbung, iaitu FAM dan kita perlu hormat badan induk bola sepak negara itu,” katanya di sidang media khas di Hotel Thistle, Johor Bahru, semalam.

Semalam, Akhbar tabliod melaporkan Annuar berang selepas Mat Yo masih gagal melunaskan pampasan tebus kontrak yang sepatutnya dibuat 30 hari selepas tarikh pendaftaran bersama pasukan kerana sudah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Takzim bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.
“Saya sedia menerima kunjungan Annuar dan pintu rumah saya sentiasa terbuka jika beliau mahukan penjelasan dan saya harap isu dibangkitkan itu dapat diselesaikan demi mutu bola sepak Malaysia,” kata Tunku Ismail.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib