Tuesday, 8 January 2013

Lori langgar mati jururawat di Kedah

Hasrat seorang jururawat berusia 40-an untuk pergi bekerja tidak kesampaian apabila mangsa maut setelah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandunya dirempuh oleh dua kenderaan lain di lebuh raya berhampiran Desa Aman kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Desa Aman menuju ke arah Kulim, memotong lori di hadapannya menggunakan lorong sebelah kiri.

"Bagaimanapun  pemandu lori terlibat tidak sempat membrek lalu melanggar bahagian belakang kereta mangsa.

“Akibat rempuhan itu, kereta mangsa berpusing beberapa kali dan masuk ke jalan bertentangan sebelum dirempuh sekali lagi oleh kereta Proton Wira yang datang dari arah Kulim ke Baling.

"Mangsa yang masih beruniform tersepit di tempat pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

                              
Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada waris bagi tujuan pengebumian. Menurutnya, pengguna jalan raya jangan sesekali memandu dalam keadaan melulu sehingga membahayakan diri mereka sendiri.

“Sebagai pengguna jalan raya yang berkhemah, kita harus bersabar ketika berada di jalan raya dan jangan bersikap emosi atau agresif terutama ketika kita lambat menghadiri temu janji atau sebagainya,” katanya.

1 comments:

  1. takziah kepada keluarga mangsa
    hati2 di jalan raya

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib