Friday, 25 January 2013

Kedai Makan Dilanggar Di Besut Terengganu


Empat individu termasuk pemilik kedai nyaris maut apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh sebuah kedai makan di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian ketika hujan, jam 6 petang itu, kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 20-an hilang kawalan, dipercayai akibat permukaan jalan licin.

Kenderaan berkenaan dikatakan berpusing beberapa kali sebelum merempuh dua meja depan kedai dan berhenti di bahagian dalam kedai tersebut.

Pemilik kedai, Zaim Mohd Hanta, 26, berkata, ketika kejadian, dia yang sedang menebar roti canai, bersama pembantu kedai dan dua pelanggan sempat menyelamatkan diri.

Menurutnya, dia bersyukur ketika itu tiada pelanggan minum di meja depan kedai kerana hujan, malah tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.
"Saya nampak kenderaan tersebut berpusing, kemudian bahagian belakang kenderaan merempuh tiang elektrik berhampiran menyebabkan tiang itu patah, sebelum berpusing menuju ke arah kedai.

“Kenderaan itu kemudian merempuh dua meja simen, namun pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
-sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib