Wednesday, 30 January 2013

Juvana Ledak RM1.7 Juta Dalam 4 Hari

POPULARITI drama Juvana yang ditayangkan pada 2011, ternyata terus membawa tuah kepada fi lemnya apabila kutipan tiket berjaya mencapai sehingga RM1.7 juta.

Lebih membanggakan, kutipan tersebut diperolehi hanya dalam tempoh empat hari tayangan, iaitu sejak filem itu ditayangkan pada 24 Januari lalu.

Menurut penerbitnya, Kabir Bhatia, pihaknya berharap filem ini akan terus mendapat sambutan dalam minggu ini.

“Ramai bertanya tentang sambungannya ini selepas menonton di pawagam dan bagi kami segala-galahnya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu.

“Sekiranya sambutannya bagus, mungkin akan ada sekuel Juvana. Kami harapkan lebih ramai yang akan ke pawagam kerana filem ini sangat berbaloi untuk ditonton,” katanya dalam kenyataan media.

Tambah Kabir, promosi Juvana di media cetak dan elektronik masih lagi diteruskan bagi membolehkan lebih ramai penonton ke pawagam selain rangka promosi melibatkan pelakon dan peminat di beberapa lokasi terpilih.

Filem genre aksi ini memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim yang terpaksa dipindahkan ke sebuah akhlak baru selepas sekolah Wira Bakti ditutup.

Manakala Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.

Kehadiran Sharnaaz menerusi watak Lan Todak berjaya membawa watak antagonis tersebut dengan cukup baik dan berkesan.

-sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib