Saturday, 19 January 2013

Jozan Tepati Ramalan juara Maharaja Lawak Mega 2012



Kumpulan pelawak pilihan, Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan muncul juara Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini, malam tadi.

Menumpaskan empat kumpulan lain, Jozan mengungguli pentas akhir MLM 2012 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000. 
Manakala kumpulan Jambu yang dianggotai Taukeh dan Yus, diumumkan naib juara serta memenangi hadiah wang tunai RM250,000. 

Kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol dan Ajak pula mendapat tempat ketiga dan memenangi hadiah wang tunai RM150,000.
“Saya rasa sebak atas semangat Johan yang sanggup datang hari ini walaupun masih perlu berehat dan menjalani rawatan lutut.
Saya anggap ini adalah rezeki dan tanda sokongan daripada peminat,” kata Mohd Razizan Abd Razak atau lebih popular dengan nama Zizan selepas kumpulan Jozan yang dianggotai bersama Johan, muncul juara program Maharaja Lawak Mega 2012, malam tadi.
Jozan menewaskan empat kumpulan lain pada peringkat akhir yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD dari Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini.
Kejutan yang dilakukan Jozan dengan kemunculan Johan pada saat akhir, yang sepatutnya masih menjalani rawatan lutut di sebuah hospital swasta selepas membiarkan Zizan bersendirian di pentas pada dua minggu sebelumnya, ternyata membuka peluang lebih besar buat pasangan paling serasi itu membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Menurut Johan, dia menguatkan semangat untuk datang membuat persembahan demi peminat Jozan yang banyak memberi sokongan.
“Walaupun peluang untuk mengadakan latihan yang diberikan hanya sekejap disebabkan kesihatan saya belum pulih, saya puas hati.
“Saya puas hati atas kemenangan ini dan berharap semoga peminat juga berpuas hati,” katanya.



Terdahulu, kemunculan Johan di pentas MLM bersama Zizan mengejutkan penonton. Ramai menyangka, Johan yang sudah dua minggu tidak beraksi di pentas MLM 2012, tidak muncul malam tadi berikutan masalah kecederaan lutut.

Malah, Zizan ketika diperkenalkan pengacara AC Mizal, memberitahu penonton beliau cuba memberi persembahan terbaik walaupun berseorangan serta meminta peminat mendoakan kesihatan Johan.

Sepanjang peserta beraksi, stadium gamat dengan hilai tawa lebih 5,000 penonton termasuk peminat tegar yang membawa pelbagai sepanduk menyokong kumpulan pelawak pilihan.

Pentas akhir MLM 2012 menyaksikan lima kumpulan berentap. Dua kumpulan lain yang menyertai pertandingan ini ialah Boboi dan peserta dari Indonesia, Saywho.

Selain undian penonton yang merangkumi 30 peratus pemarkahan, MLM 2012 diadili juri tetap iaitu Lisa Surihani, Awie, Najip Ali dan Wulan Guritno.

MLM 2012 yang berlangsung selama 10 minggu sejak 9 November lalu menampilkan 12 kumpulan termasuk peserta dari Singapura dan Indonesia.
Kumpulan Boboi dan Saywho yang mendapat tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani; Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai; dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib