Thursday, 3 January 2013

Impian Mahu Terengganu dan T-team Julang Piala 2013

Kerajaan negeri sedia memberi pelbagai bantuan di segi kewangan dan teknikal kepada dua pasukan bolasepak dari negeri ini – pasukan ‘Penyu’ dan T-Team – yang bakal bertarung dalam Liga Super musim ini, bagi meningkatkan prestasi pasukan berkenaan. Sebagai balasan, setiap pasukan berkenaan ditagih merangkul sekurang-kurangnya satu piala musim ini bagi mengembalikan kecemerlangan bola sepak negeri Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri mengeluarkan belanja yang besar bagi membangunkan kedua-dua pasukan berkenaan dan berharap pelaburan itu mendapat balasan yang setimpal dengan memenangi piala sama ada Piala FA, Piala Malaysia atau juara liga.

“Terengganu kini cemerlang di bidang sukan dan pendidikan di mana ramai ibu bapa yang berada di luar Terengganu berminat untuk menghantar anak-anak mereka belajar di negeri ini,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani kontrak pemain pasukan Terengganu dan T-Team di Primula Beach Hotel, malam tadi.

Terengganu 2013
T-team 2013
Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Haji Rozi Mamat dan YB Dato’ Haji Za’abar Mohd Adib dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dato’ Che Mat Jusoh.

Menteri Besar berkata, sepanjang tahun 2012 pasukan sukan negeri ini mencipta banyak sejarah dengan pasukan hoki memenangi Piala Tun Abdul Razak buat kali pertama dalam tempoh 50 tahun, pasukan hoki lelaki dan wanita muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) dan pasukan takraw johan Piala Emas Khir Johari.
“Saya mahu pada musim ini pasukan Terengganu dan T-Team diurus dengan sempurna dan meraih kemenangan setiap kali beraksi,” katanya.

Pada sidang media selepas itu, beliau berharapa semua pemain pasukan Terengganu dan T-Team menjaga disiplin mereka dan meningkatkan kualiti peramainan bagi merealisasikan impian untuk menang piala musim ini. Beliau turut meluluskan peruntukan RM15,000 bagi setiap kelab penyokong pasukan Terengganu dan T-Team bagi menjayakan aktiviti kelab berkenaan musim ini.

kredit - terengganutoday.com & ganusoccer,net

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib