Saturday, 5 January 2013

Impian ATM Genggam 1 Piala 2013


Semboyan dibunyi, seruan perang dilaung Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam menandakan bermulanya perjuangan pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi memburu sekurang-kurangnya satu piala pada Liga Malaysia musim ini.

Juara Liga Perdana 2012 itu mungkin hanya merupakan pendatang baharu dalam kancah Liga Super, namun pesaing-pesaingnya sedar kekuatan ATM yang datang dengan status digeruni selepas muncul naib juara Piala Malaysia tahun lalu.

'Bos' ATM, Ahmad Zahid yakin skuad kendalian B.Sathianathan, walaupun kehilangan beberapa pemain tonggak, akan dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan musim lalu.
Meskipun hanya meletakkan sasaran untuk memenangi satu piala, beliau pada masa sama berasa optimis tiga piala mungkin berada dalam jangkauan.

"Sasaran sekurang-kurangnya satu piala adalah paling realistik untuk tidak terlalu memberi tekanan anak-anak buah saya yang dianggap 'new kids on the block' (pendatang baharu) dalam Liga Super.
"Namun saya cukup yakin dan percaya kepada kebolehan pasukan yang dibimbing Sathianathan ini, mereka boleh mencapai lebih daripada itu.

"Dalam hati saya, mereka berupaya menjuarai tiga piala," kata Ahmad Zahid selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tajaan jersi antara ATM dengan syarikat barangan sukan terkemuka Itali, Macron di sini, semalam.

Trofi pertama kempen ini boleh dijulang seawal malam esok sekiranya ATM dapat menundukkan Kelantan dalam Perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam.
Ahmad Zahid mahu ATM menjulang piala itu untuk melunas dendam kekalahan dramatik 2-3 kepada Kelantan pada pertembungan akhir Piala Malaysia tahun lalu.


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib