Wednesday, 9 January 2013

Hanya 2,3 Pemain Baru Dipanggil Untuk Piala Asia 2015


Datuk K. Rajagopal
Kegagalan mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF ternyata belum menggugat keyakinan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal bahawa barisan pemainnya masih yang terbaik dan mampu menggalas tanggungjawab pada kempen Kelayakan Piala Asia 2015.

Tidak mempunyai sebarang perancangan mahu melakukan sebarang rombakan besar-besaran, jurulatih berusia 56 tahun itu hanya bercadang memanggil beberapa pemain yang sebenarnya antara nama yang cukup sinonim dengan pasukan kebangsaan.

Malahan, dia tidak berasakan satu kewajaran memanggil kembali pemain-pemain senior yang berusia 30 tahun ke atas di dalam pasukan kerana ia belum tentu dapat menghadirkan kejayaan segera kepada Harimau Malaya bagi menghadapi lawan-lawan yang lebih tinggi tarafnya seperti Qatar, Bahrain dan Yemen.

"Secara keseluruhannya, saya masih mempercayai skuad sedia ada bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2015, cuma mungkin terdapat perubahan kecil dengan memanggil beberapa pemain baru. "Beberapa nama yang saya pinggirkan sebelum ini seperti Asraruddin Putra Omar yang mengalami kecederaan dan Muslim Ahmad antara nama-nama yang ada kemungkinan saya akan panggil nanti.
Sebahagian besar pemain Piala AFF 2012 akan dikekalkan
"Saya tidak boleh membuat keputusan drastik memanggil pemain yang sudah dua atau tiga tahun tidak beraksi sebarang perlawanan antarabangsa, " katanya pada sidang media khas bersama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus, Datuk Seri Subahan Kamal di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Jelas Rajagobal, walaupun ada pihak melihat satu kewajaran memanggil kembali pemain-pemain senior bagi membantu skuad kebangsaan yang dibarisi ramai pemain muda, dia tidak berfikir sedemikian.

"Saya mahu tanya, adakah barisan pemain senior sebelum ini berjaya dalam Kelayakan Piala Asia yang lalu, kita semua telah lihat kegagalan mereka sebelum ini dan kita kena perlu faham dalam soal berkenaan. "Bukan saya mahu kata mereka ini tidak bagus tetapi ada perbezaan ketara tahap permainan liga tempatan dan antarabangsa malahan mereka juga sedar akan hakikat perbezaan itu.

"Dalam saingan liga, kehadiran mereka mungkin cukup penting bagi menguatkan pasukan masing-masing namun kita perlu tengok bagi masa depan dengan memberikan ramai pemain muda. "Jika ada keperluan, saya akan memanggil beberapa pemain senior dan itu perlu saya perhalusi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan, " katanya.

Sementara itu, Subahan memberitahu yang pihaknya sedia memanggil pemain muda yang sedang berkelana di Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor dan Tam Sheang Tsung mewakili Harimau Malaya. "Perkembangan mereka dipantau dan boleh dipanggil bersama skuad kebangsaan tidak lama lagi, bergantung kepada keadaan dan masa," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib