Wednesday, 16 January 2013

Giliran Sharifah Zohra Jabeen Popular Selepas Sasha Mendoza


Giliran Sharifah Zohra jabeen popular selepas Sasha Mendoza menjadi trending di internet.

Universiti Utara Malaysia (UUM) - Sebuah video seorang penceramah forum awam universiti menghina pelajar telah merebak secara pantas di forum , blog dan Facebook bukan kerana Kualiti Forum tetapi sebaliknya!

Video 24-minit menunjukkan yang penceramah - Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M . Forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan Politik? Telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah pada 8 Dis. Acara forum ini dimulakan dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’  dan lain-lain.

Segalanya tercetus apabila seorang pelajar, Bawani KS, yang berdiri untuk membincangkan dan menyuarakan keputusan mahkamah tentang Bersih dan soalan mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain.

Sedang Cik Bawani KS masih lagi memberikan pendapat dan hujah maka sikap kurang ajar Sharifah Zohra Jabeen terserlah dengan merampas microfon dengan cara untuk mengelakkan Cik Bawani dari meneruskan hujahnya. 

Beliau telah mencetuskan fenomena "Listen! Listen Listen!

Sepatutnya, jika Sharifah Zohra Jabeen ini tidak bersetuju sekalipun dengan pendapat & buah fikiran daripada saudari Bawani ini, bagilah hujah yang lebih bernas. Anak muda biasalah jiwanya cepat memberontak, darah sedang panas, sentiasa berkobar-kobar dan bersemangat lebih-lebih lagi isu yang dibentangkan cukup dekat dengan kehidupan mereka. Belajarlah untuk mendengar. Bukannya cerita mengenai binatang dan kemudian cuba untuk mempermainkan kalangan mahasiswa dengan Galaxy Note? Fikir-fikirkan..

 Dalam pada itu juga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya terpaksa menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN.


Sharifah Zohra Jabeen juga merupakan carian paling banyak di twiter minggu ini.




0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib