Sunday, 13 January 2013

Gadis Mati Porshe Langgar Pokok


 Kegembiraan dua sahabat bersiar-siar pada malam minggu bertukar tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia selepas kereta jenis Porsche 911 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Kelawei/Jalan Cantonment, di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi apabila kereta dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun bersama seorang gadis berusia 24 tahun dari arah Tanjung Tokong, dekat sini, menghala ke pusat bandar terbabas dan melanggar sebatang pokok.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan setibanya di kawasan terbabit lalu merempuh pokok di bahu kanan jalan.
Menurutnya, rempuhan berkenaan menyebabkan kereta remuk teruk terutama di bahagian hadapan.
Katanya, kejadian itu juga menyebabkan penumpang wanita maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
“Pemandunya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital, manakala penumpang yang maut dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurutnya, polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu agar dapat menghubungi Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian  04-2181872 atau mana-mana balai polis berhampiran.

1 comments:

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib