Sunday, 13 January 2013

Fandi Mahu Johor DT Beri Komitmen Lebih

Ketua jurulatih Johor Darul Takzim, Fandi Ahmad menuntut pemainnya menghakis sikap ego dan berpijak di bumi nyata betapa mereka bukanlah pemain berstatus bintang sebaliknya hanya pemain biasa sama seperti pemain lain yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M). 

Apa yang dikatakan oleh pengendali skuad Harimau Selatan itu ada sebabnya selepas barisan pemainnya hanya mampu menang tipis 1-0 ke atas Perak yang beraksi dengan sembilan pemain sepanjang babak kedua pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin. 

Walaupun beliau rasa lega dengan tiga mata yang diraih namun sikap tidak beraksi secara berpasukan tatkala pemain cuba bertindak secara bersendirian menjadi punca usaha menambah jaringan buntu dan terpaksa berdepan `tembok' yang di bina skuad Seladang. 

"Tiga mata cukup berharga buat kami tetapi ada pemain yang beraksi solo dan tidak mengumpan bola kepada rakan sepasukan yang lebih selesa menjaringkan gol maka usaha menambah jaringan gagal biarpun berdepan sembilan pemain sahaja dan ia cukup mengecewakan. 
"Ingin saya tegaskan mereka bukanlah bintang, pemain semua sama sahaja dan kita perlu masa untuk bentuk barisan yang mantap kerana pemain masih belum ada keserasian dengan corak permainan terutama pemain kebangsaan yang baru menyertai Harimau Selatan dalam tempoh seminggu sebelum saingan liga bermula. 

"Bola sepak dimain secara berpasukan dan saingan liga masih panjang, banyak perkara yang harus diteliti malah dikaji terutama skuad Harimau Selatan yang masih ada kelemahan dan kita yakin dalam tempoh terdekat semuanya dapat diatasi," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib