Friday, 25 January 2013

BlackBerry 10 Bakal Mencabar Samsung & Apple

Research In Motion (RIM) menghasilkan sistem terkini yang membolehkan penggunanya menggunakan saluran baru telefon pintar BlackBerry 10 dalam rangkaian mereka sendiri. 

Langkah itu sekali gus membuka jalan untuk syarikat itu melancarkan peranti harapannya menjelang 30 Januari ini. 
RIM pada Rabu lalu berkata, sistem pengurusan peranti baru iaitu BlackBerry Enterprise Service 10 (BES 10), kini tersedia kepada agensi kerajaan dan pelanggan korporatnya. 

Sistem itu akan menyokong hubungan dua hala antara peranti mudah alih milik korporat-pekerja serta menyediakan platform menguruskan peranti berasaskan BlackBerry, Android dan iOS milik Apple. 

Telefon pintar Blackberry yang dipacu sistem operasi baru dilihat sebagai nadi utama kelangsungan masa depan RIM, yang ketika ini tewas kepada penguasaan pasaran Apple dan peranti Android. 

RIM kini mempertaruhkan barisan peranti baru yang dibangunkan semula dengan skrin sesentuh dan papan kekunci yang diharapkan akan memenangi kembali pelanggan dan penguasaan pasarannya. 

Nasib telefon pintar baru itu akan ditentukan daripada penerimaan pelanggan utama RIM, yang kebanyakan sehingga kini masih menggunakan RIM kerana ciri-ciri sekuriti bagi peranti BlackBerry yang kukuh. 
Sistem pengurusan peranti mudah alih itu dibangunkan diatas teras sekuriti RIM, menawarkan barisan inovasi yang akan membolehkannya ditambah baik mengikut jabatan IT mereka, kata ketua kanan bagi perisian enterpris RIM, Peter Devenyi. 

“Kami pasti pelanggan (enterpris) akan mengambil bahagian untuk menukar kepada BB10,” kata Devenyi, yang merujuk maklum balas positif daripada agensi kerajaan dan komuniti perniagaan. 

Kedua-dua peranti BES 10 dan Blackberry 10 kini sudah pun mendapat pensijilan Federal Information Processing Standard (FIPS) 140-2, iaitu pelepasan sekuriti yang ditetapkan kerajaan AS bagi membenarkan agensi kerajaan menggunakan peranti itu sebaik saja ia dilancarkan. - Reuters

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib