Saturday, 5 January 2013

Banjir lumpur Melanda Putra Height, Subang


“Limpahan lumpur itu ibarat seperti tsunami, tidak sempat hendak mengundur kereta, ia terlebih dahulu menghanyutkan kereta saya sejauh lebih 100 meter,” kata Saabana Sarijan, 54, salah seorang daripada lapan mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir lumpur di Putra Heights, lewat petang semalam.
Saabana berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Alam Megah menuju ke rumahnya di Puchong.
Katanya, sebaik sampai di simpang tiga berhampiran Balai Polis Putra Heights, dia berasa hairan melihat air lumpur memenuhi permukaan jalan sebelum limpahan lebih deras menuju ke arah kenderaan dipandunya.
“Dalam keadaan kelam kabut, saya nampak dua kereta berada di depan masing-masing dipandu wanita tersangkut serta tidak boleh bergerak kerana ‘terlekat’ dalam lumpur.
“Saya juga cuba mengundurkan kenderaan tetapi gagal sebelum kereta tiba-tiba berpusing dan ‘hanyut’ lebih 100 meter,” katanya.
Saabana yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, keretanya penuh dengan lumpur namun bersyukur kerana selamat dan tidak mengalami kecederaan.
6 gambar lagi di bawah.






kredit – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib