Sunday, 6 January 2013

Aizat Bertekad Beri Yang Terbaik Dalam AJL 27



PERTARUNGAN 12 penyanyi bagi merebut trofi Lagu Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) malam ini, melihatkan Aizat akan menggantikan tempat Yuna bagi mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang.

Biarpun pemilihannya dibuat pada saat akhir, Aizat bagaimanapun tidak melihat perkara berkenaan sebagai satu tekanan buatnya dan akan cuba membuat yang terbaik untuk rakan baiknya itu.

Aizat berkata, tidak banyak perkara yang dilakukannya dari segi persiapan, dan dia akan menyanyikan lagu itu mengikut gayanya sendiri.

Saya sendiri sebenarnya kecewa bila kak Uji Rashid tidak dapat membawakan lagu ini. Tapi sebagai kawan, saya akan menjalankan amanat Yuna untuk membawakan lagu ini sebaik mungkin.

"Lagu ini simple, liriknya pula universal dan saya juga sudah biasa mendengarnya. Jadi saya tidak melihat sebarang masalah besar untuk membawakan lagu tersebut," katanya kepada Zass.

Dalam perkembangan lain, Aizat berkata, dia kini dalam proses menulis lagu baru yang dijangka akan menemui peminat sebelum April ini.

-sinar

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib