Thursday, 17 January 2013

Adik Tergamak Pukul Kakak Kandung

Seorang penganggur tergamak ‘rodang’ kakaknya dengan sebatang penyapu  disebabkan tidak tahan dengan perangai mangsa yang dikatakan kuat berleter, dalam satu kejadian di rumah mereka di Kampung Duyung, Seberang Takir, di sini.

Namun, perbuatan Muhammad Hafiz Mohd Zahari, 28, terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap kakaknya, Rosma Aini, 41, dengan memukul mangsa menggunakan sebatang penyapu kira-kira jam 11.30 pagi, 8 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala Muhammad Hafiz tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumah memarahi Muhammad Hafiz yang ketika itu berada di dalam bilik tidurnya berikutan sikapnya yang malas bekerja.

Leteran mangsa berpanjangan sehingga ke tengah hari dan semasa berada di ruang tamu untuk makan, Muhammad Hafiz ‘naik hantu’ dengan bertindak memukul mangsa di bahagian muka, kepala dan seluruh badan menggunakan tangan, kaki dan batang penyapu.

Tindakan itu menyebabkan mangsa luka pada muka dan tangan serta bengkak pada kepala dan badannya sebelum nekad membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, di sini, beberapa jam kemudian.

Susulan laporan dibuat, Muhammad Hafiz ditahan di rumahnya kira-kira jam 6.30 petang, pada hari sama.

Sinar Harian terbitan 10 Januari lalu ada melaporkan seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila diserang dengan penyapu oleh adik lelakinya.

1 comments:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...

    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...



    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...



    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib