Sunday, 6 January 2013

(8 gambar) Mampukah Jozan Bertahan Tanpa Johan?

JUMAAT lalu, pastinya penonton Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) berasa kecewa kerana ketiadaan ahli kumpulan Jozan, iaitu Johan.

Meskipun Zizan berjaya menghiburkan penonton secara solo, 'sengatnya' boleh dikatakan kurang tanpa Johan, yang baru selesai menjalani pembedahan lutut.

Berkemungkinan juga Zizan terpaksa beraksi sendiri sehingga ke penghujung MLM kerana Johan disarankan bercuti tiga hingga enam bulan.

Dengan ketiadaan Johan, mampukah Jozan terus mengekalkan kedudukan mereka di tangga pertama undian? Sama-sama kita nantikan apa keputusan Jozan selepas ini dan buat Johan, semoga cepat sembuh.

Gambar - gambar di bawah menunjukkan Jozan memang kamcing habis.










0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib