Saturday, 12 January 2013

6 pencuri Mazda Ditangkap

Mazda 3

Enam penjenayah yang ghairah mahu menjual dua kereta Mazda 2 dan Mazda 3 pada harga serendah RM32,000 sebuah dipercayai untuk membeli syabu diberkas dalam operasi khas di Port Dickson, Negeri Sembilan serta Pasir Gudang, dekat sini, Selasa lalu.
Empat suspek ditahan di sebuah rumah di sekitar Port Dickson pada kira-kira jam 5.30 pagi manakala dua lagi di sebuah rumah di Pasir Gudang setengah jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, semua suspek yang berusia antara 20 dan 27 tahun terbabit mencuri dua kereta berkenaan di pusat pameran kenderaan itu di Plentong, 27 Disember lalu.
“Terdahulu, pada 7 Disember, suspek memecah masuk sebuah pusat servis kereta di Plentong dan melarikan pelbagai alat ganti. “Mereka turut memecah masuk serta mengambil empat kunci pendua Mazda 2 serta Mazda 3 di pusat pameran kenderaan bersebelahan pusat servis berkenaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, semalam.
Menurut Roslan, kumpulan terbabit menunggu selama 20 hari sebelum sekali lagi memecah masuk pusat pameran kereta berkenaan dan melarikan dua kenderaan itu.
Mazda 2
Roslan berkata, pihaknya kemudiannya menubuhkan pasukan khas bagi memburu penjenayah berkenaan. Hasil risikan serta maklumat awam, pihaknya mendapati ada individu mahu menjual dua kereta dipercayai dicuri pada harga rendah.
“Kami melakukan intipan di Port Dickson sebelum menahan empat lelaki terbabit selain menyita sebuah Proton Wira curi yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.
“Kami dapati, kereta Mazda 2 sudah didaftarkan. Suspek mahu menjual setiap sebuah kereta pada harga RM32,000 sedangkan harga sebenar bagi Mazda 2 ialah RM90,000 manakala Mazda 3 pula RM140,000,” katanya.
Susulan itu, menurut Roslan, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Pasir Gudang sebelum menahan dua lagi ahli kumpulan terbabit.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib