Saturday, 5 January 2013

(5 Gambar) Misi Kelantan Pertahankan Treble 2013




Kelantan meletakkan sasaran untuk mempertahankan tiga kejuaraan yang diraih musim lalu biarpun sedar bakal berdepan saingan sengit dalam saingan Liga Malaysia musim 2013.


Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, misi tersebut tampak sedikit sukar selepas kehilangan tonggak utama seperti Norshahrul Idlan Tahala, Nurul Azuan Roya dan Mohammad Ghaddar yang berhijrah kepada pasukan baharu.

Beliau bagaimanapun tetap optimis The Red Warriors mampu mengulangi kejayaan sebagaimana musim lalu.
"Kehilangan tiga pemain tersebut merencatkan sedikit persiapan pasukan bagi mengharungi saingan musim ini kerana kita mempunyai masa yang singkat untuk mencari pengganti. mereka.

"Harus diingat saingan musim ini dijangka sengit selepas beberapa pasukan membuat persiapan rapi termasuk dari segi pemilihan barisan pemain.

"Saya jangkakan antara pasukan yang akan memberikan cabaran buat The Red Warriors musim ini ialah Perak, Selangor, Terengganu, Johor Darul Takzim dan Angkatan Tentera," katanya.





Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran jersi dan barangan rasmi pasukan serta pengumuman penaja The Red Warriors 2013 di sini semalam.

Pada majlis tersebut, KAFA memperkenalkan sepuluh penaja rasminya musim ini iaitu Maxis, Azizan Osman.com, Sinar Harian, Tresenergy, Muda Osman, Mamme, Desa Murni Batik, Pure're Spritz, Redbull dan Keropok Sira Cap Nara Pasir Puteh.

Mengulas mengenai tajaan, Annuar memberitahu Maxis merupakan penaja utama Kelantan musim ini yang melibatkan jumlah tajaan paling besar sejak beliau dilantik menerajui KAFA.

Annuar juga melihat saingan bakal dihadapi merupakan satu cabaran yang sihat dan perlu dihadapi oleh Kelantan dalam usaha untuk memperkasakan pasukan bagi saingan tahun ini.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib