Tuesday, 29 January 2013

(25 Gambar) Siti Saleha Bersyukur Dihargai Peminat


TIGA tahun meniti perjalanan bergelar anak seni, artis berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini semakin memahami rentak industri hiburan tempatan.

Jika ada selebriti baru yang naik dek kerana kontroversi, namun nama Siti Saleha menonjol disebabkan keberkesanan lakonannya.

Mengharapkan tuah pada tahun 2013, Saleha berkata, dia berharap karier seninya akan berkembang dengan baik, tanpa palitan kontroversi berkaitan dirinya.

"Saya bersyukur penonton, peminat, mengenali saya kerana lakonan saya dan bukan daripada cerita negatif berkaitan diri saya.

"Jika ada pun, hanya cerita peribadi. Tapi kini saya sendiri, jadi tak perlulah lagi bongkar kisah peribadi saya," katanya.

Biarpun ada ketikanya nama Saleha bagai timbul tenggelam dalam kalangan media mahupun peminat, namun Saleha berjaya membuktikan dia masih mampu berdiri dengan bakat dan lakonannya.

"Tahun lalu saya senyap bukan kerana tiada tawaran. Sebaliknya, saya tumpukan kepada tawaran filem dan saya sibuk dengan penggambaran.

"Insya-ALLAH, antara filem lakonan saya, Kerat 14 akan keluar pada Februari ini, dan filem lain seperti Bravo, KL Zombie, Pencinta, Mamak Cupcake dan Pak Pong dijangka keluar pada tahun ini juga," ujarnya kepada Zass.


Sebagai permulaan karier untuk tahun 2013, gadis berusia 22 tahun ini mengakui terkejut apabila namanya tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 2012.

Tatkala diusik, adakah dia mungkin mengalahkan Fasha Sandha dalam kategori tersebut, Saleha punya jawapan yang lebih positif.

"Keempat-empat pelakon yang tercalon dalam kategori itu adalah kawan-kawan saya dan ada nama dalam bidang lakonan. Jadi, saya tidak mengharapkan sesuatu yang besar.

"Sudah dicalonkan pun sudah membuatkan saya cukup gembira. Namun, jika ada rezeki, saya bersyukur," jelasnya.

 
 





















Jika sebelum ini dia begitu menyerlah dengan watak Nora Elena dalam drama berjudul sama, kini, Saleha begitu menyerlah sebagai Syuhara dalam drama bersiri Ruby.

Menurut Saleha, dia terkejut dengan sambutan yang ditunjukkan oleh penonton dan peminatnya, serta tidak menyangka gandingannya dengan Sharnaaz Ahmad diterima ramai.

"Ini merupakan come back saya bersama TV3, kali terakhir drama bersiri lakonan saya ditayangkan di TV3 adalah Nora Elena.

"Saya akui, ramai yang memberi respons suka saya membawakan watak gadis yang bersahaja. Namun, dalam masa yang sama, saya cuba untuk versatilkan lakonan saya supaya tidak nampak stereotaip.

"Saya harap, akan terus menerima reaksi positif daripada penonton dan peminat kerana selepas ini, drama lakonan saya, Asmara Luna akan ditayangkan untuk slot Samarinda di TV3," katanya.

Saleha berkata, dia ada juga menerima tawaran beberapa drama, namun, masih dalam pertimbangan.

1 comments:

  1. siti saleha merupakan gadis melayu yg kejelitaanya nyata terserlah,dan.....saya nak khawin dgn si dia.....

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib