Tuesday, 1 January 2013

Tiz Zakiah Enggan Bercinta Semula Dengan Remy Ishak


Selepas beberapa tahun menyulam kasih dan berkongsi suka duka bersama, pasangan pelakon, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak berpisah juga akhirnya pada tahun ini. Dalam menyelusuri kehidupan cinta mereka berdua yang terlalu rahsia, hingga kini wanita yang berkulit putih itu masih lagi berahsia tentang punca perpisahan mereka.

Walaupun sudah kembali solo, soalan yang kerap diajukan kepada Tiz adalah sama ada dia mahu menyambung kembali hubungan cinta dengan aktor kacak itu atau tidak. Bagi Tiz, dia memberitahu kemungkinan untuk kembali kepada bekas kekasihnya itu tidak pernah difikirkan selepas berpisah.Tiz ketika ini mempunyai misi utama iaitu untuk memberikan sepenuh perhatian kepada kerjaya lakonannya.

“Kemungkinan untuk berpatah balik itu mungkin tidak ada agaknya. Saya tak pernah fikir perkara ini, malah kini hanya fokus pada kerjaya,” kata Tiz yang dipetik dari laporan Metro Ahad, semalam.
Baru-baru ini dikhabarkan Tizz dan Remy kembali bercinta dan dilihat mesra antara mereka berdua.
Namun, itu semua hanyalah lakonan mereka semata-mata untuk drama Cinta Jangan Pergi arahan Kabir Bhatia.

Biar pun sudah tidak berpacaran, Tiz masih lagi mampu untuk berinteraksi secara profesional dengan Remy bagi menjayakan sesi pengambaran tersebut.

“Bila bekerja, kita kena profesional. Jangan sesekali campur adukkan hal peribadi dengan kerja. Walaupun ada dugaan, bagi saya itu adat dan perkara biasa. Tidaklah sampai mengganggu fokus kerja.
“Dalam drama ini, kami jadi pasangan kekasih dan tak ada masalah untuk kami cipta keserasian kerana sudah biasa. Kami buat apa yang skrip dan pengarah mahu,” katanya.
Pergilah ke mana sahaja pastinya akan ada sahaja cerita yang timbul yang cuba dikaitkan antara Tiz dengan Remy.

Malah, masih ada lagi pihak yang cuba mengorek kedudukan hubungan antara Tiz dan Remy.
Bagi Tiz, dia tidak mahu orang ramai memikirkan lagi kisah lalu antara dia dan Remy serta mahukan kehidupan yang sekarang ini diteruskan.

“Beginilah. Apa yang berlalu biarlah berlalu. Usah dikenang atau meletakkan apa-apa harapan lagi.
“Saya tak berani nak cakap lebih-lebih, apatah lagi soal membabitkan hubungan sesama manusia. Semua itu urusan Allah SWT,” terang Tiz. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib