Monday, 31 December 2012

Mandjou Lengkapkan Kouta Import Kelantan Musim 2013


Bukan pemain muda dari Australia, Dimitri Petratos, sebaliknya penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou, menjadi pilihan Kelantan bagi memenuhi kuota pemain import kedua untuk aksi Liga Super bermula 8 Januari ini. 

Petratos yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Muhammad Ghaddar dari Lubnan hanya disenaraikan untuk Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, berkata pemilihan Keita sebagai pemain import kedua dibuat selepas mengambil kira semua aspek terutama tahap persembahan dipamerkannya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini. 

Jurulatih berusia 41 tahun dari Croatia itu mengakui kedua-dua pemain ada kemahiran dan kehebatan tersendiri, namun sebagai jurulatih beliau perlu membuat pilihan tepat untuk kebaikan pasukan. 


Saya akui, memang sukar membuat keputusan memilih dua pemain mengisi kuota berkenaan kerana saya perlukan pilihan terbaik mengharungi musim ini. 

Saya terpaksa menggunakan kuasa saya sebagai ketua jurulatih dengan meletakkan Keita sebagai sandaran mengharungi cabaran musim baru ini, katanya ketika dihubungi, semalam. 

Beliau berkata, dari segi pengalaman, Keita mempunyai kelebihan berbanding Petratos kerana dia pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) sebelum ini selain kematangan ketika menjaringkan gol. 
Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata beliau menyokong keputusan Bojan memilih Keita sebagai pemain import kedua kerana pemain itu memenuhi perancangannya. 

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib