Thursday, 27 December 2012

Impak Robin van Persie seperti Eric Cantona


Impak Robin van Persie di Manchester United hampir sama dengan kejutan transformasi yang dibawa oleh Eric Cantona, kata Alex Ferguson. Van Persie telah menjaringkan 15 gol sejak menyertai United dari Arsenal, sehingga menarik perbandingan dia dengan Cantona, yang mana ketibaannya di Old Trafford menjadi pemangkin kepada kejayaan United memenangi kejuaraan Liga Perdana buat pertama kali dalam tempoh 26 tahun.

"Saya rasa kami di Manchester United mendapat hadiah Krismas lebih awal, iaitu pada awal musim apabila Robin van Persie tiba di Old Trafford. "Namun saya tidak mahu mengulas prestasi individu kerana saya amat yakin bahawa kejayaan dalam bola sepak bergantung kepada kerjasama sepasukan, namun kadang kala anda amat memerlukan tuah untuk menemui seorang pemain yang benar-benar sesuai," kata Ferguson. Cantona menyertai United dari Leeds United dengan bayaran 1.2 juta pound (RM5.9 juta) pada 1992 ketika skuad Ferguson menduduki tangga kelapan liga.

Namun Cantona merangsang pasukan barunya dengan kerap menyumbangkan gol, keangkuhan dan karismanya memberi inspirasi kepada pasukan yang kemudiannya memenangi kejuaraan liga pada 1993 dengan kelebihan 10 mata, iaitu kejuaraan pertama EPL Ferguson daripada 12 kejuaraan keseluruhan.

"Kami berjaya apabila membawa masuk Eric Cantona ke Old Trafford. Dia membuktikan sebagai pemain yang tepat untuk kelab, serta tiba pada masa yang tepat. "Dia menjadi pemangkin kepada kejayaan kami.
"Tidak perlu mendapatkan pemain dengan catatan rekod perpindahan yang tinggi.

"Pembelian Cristiano Ronaldo bukan rekod perpindahan namun dia berjaya memberikan kelainan kerana dia berjaya di kelab ini dan mengembangkan kemampuannya sehingga ramai yang berkata bahawa dia adalah pemain terbaik di dunia," katanya.

United dinafikan daripada kejuaraan EPL kepada Manchester City berdasarkan perbezaan jaringan musim lalu setelah menamatkan saingan sama mata dalam 38 perlawanan.
Maklumat peribadi
Nama penuhRobin van Persie
Tarikh lahir6 Ogos 1983 (umur 29)
Tempat lahirRotterdamBelanda
Tinggi1.86 m (6 ka 1316 in)[1]
Posisi permainanPemain sayapPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniManchester United
Nombor20
Kerjaya remaja
Excelsior
Feyenoord
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln
2001-2004Feyenoord61 (24)
2004-2012Arsenal194 (96)
2012-Manchester United3 (4)
Pasukan kebangsaan
2003
2005-
Belanda B21
Belanda
10 (1)
68 (29)

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib