Wednesday, 26 December 2012

Gangnam Style No.1 & Video Klip Najwa Latif, Sleeq Paling Popular


Selepas menjadi antara yang popular dalam carian Google sepanjang 2012 — tidak mengejutkan jika bintang Youtube ini menguasai carta ‘tempat kelahiran’ beliau itu. 
Youtube semalam telah menyenaraikan video paling hangat sepanjang 2012 di’seluruh temasuklah 10 teratas yang paling popular di Malaysia, lapor laman Amanz.my.
Tidak boleh di’sangkal, Gangnam Style oleh PSY merupakan video paling popular untuk tahun 2012 namun Najwa Latif dan Sleeq berjaya menjadi video tempatan paling popular.

Video muzik Untuk Dia yang ketika ini mempunyai 10.3 juta tontonan merupakan satu satunya video muzik tempatan yang berjaya memecah tontontan sebanyak lapan angka.

Muara Hati dendangan Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip menduduki tangga kesembilan paling popular dengan 3.7 juta tontotan setakat ini — boleh tahan untuk sebuah video baru.

Beberapa video parodi untuk Gangnam Style juga menerima tempias populariti apabila turut tersenarai dalam carta — senarai penuh di Youtube Rewind 2012 untuk Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib