Monday, 31 December 2012

Bajet 2013 - Senarai Telefon Pintar Rebat RM200


Tentu ramai dah sedia maklum mengenai Rebat RM200 untuk belia mendapatkan telefon pintar dalam Bajet 2013. Ia satu perkhabaran gembira untuk mereka yang teringin berada di dunia serba teknologi ini. Namun, di sebalik khabar gembira, ada suara-suara yang tidak berpuas-hati mengenai syarat yang dikenakan oleh kerajaan, termasuklah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Apapun, setiap perkara baru tentu akan ada cacat cela. Diharap kerajaan mendengar suara-suara ini agar apa yang ingin dilakukan mencapai matlamat sebenar. 

Ok, jenis, jenama telefon pintar yang bagaimana yang telah diberikan lampu hijau untuk penerimaan rebat RM200 ini? Berikut, HH kongsikan infografik yang telah disediakan oleh MalaysiaKini.com mengenai senarai telefon pintar rebat RM200 untuk belia menerusi Bajet 2013.


Senarai Telefon Pintar Rebat RM200 Bajet 2013



Dimaklumkan senarai ini adalah berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh SKMM dan senarai telefon pintar yang sah untuk rebat RM200 akan dikemas-kinikan dari semasa ke semasa. Buat masa ini, terdapat 23 jenis telefon pintar yang diberikan rebat RM200 Bajet 2013 dari pelbagai jenama termasuklah Nokia, LG, HTC dan Samsung.

Secara peribadi, HH sarankan anda pilih jenama Samsung dan Nokia untuk kualiti. Untuk jimat, boleh guna smartphone Ninetology dan Huawei. Huawei merupakan jenama yang terkenal dalam pengeluaran modem dan juga wireless connection dan Ninetology merupakan jenama Asia Tenggara yang semakin dikenali.

Untuk mendapatkan senarai terkini, anda boleh layari laman web SKMM.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib