Tuesday, 25 December 2012

(5 GAMBAR) Banjir Mula Dilanda Pantai Timur

Lokasi : kuantan


Pantai Timur mula dilanda banjir hari ini setelah hujan lebat monsun melanda wilayah Pantai Timur Semenanjung bermula dengan Terengganu semalam. 

Johor juga masih dilanda banjir menyebabkan jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di keempat-empat negeri itu meningkat kepada 997 orang berbanding 430 orang pagi tadi. 

Hujan lebat pagi tadi menyebabkan ibu negeri Pahang, Kuantan ditenggelami air sedalam 1.5 meter, yang merupakan kejadian terburuk sejak 2001.


lokasi : kuantan

Antara jalan yang ditenggelami air di kawasan itu ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur. 
Lokasi : Ketereh Kelantan

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu pula melaporkan jumlah mangsa banjir tertinggi ialah di negeri itu dengan 707 orang diikuti Pahang (440 orang), Kelantan (199 orang) dan Johor (16 orang). 
                                                             Lokasi : Kuantan

Di Terengganu, enam dari tujuh daerah di negeri itu terbabit dengan bencana alam berkenaan kecuali daerah Kemaman dengan 18 pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Dungun (7), Setiu (4), Besut (2) Hulu Terengganu (2), Marang (2) dan Kuala Terengganu (1). 

Di Pahang, lapan pusat pemindahan dibuka iaitu enam di daerah Kuantan dan masing-masing satu di Pekan dan Rompin.

Lokasi : Terengganu

Di Kelantan pula, 10 pusat pemindahan dibuka di negeri itu termasuk tiga di Kota Baharu, satu di Machang dan masing-masing dua di jajahan Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kuala Krai. 

Hanya satu pusat pemindahan dibuka di Batu Pahat, Johor.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib