Lagi Berita Menarik

Sunday, 26 February 2017

Silap ketuk, boleh pecah tulang belakang dan lumpuh - Doktor

by
Oleh Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Saya tertonton satu video yang dikongsikan lebih 8K kali dalam tempoh 10 jam ia dimuatnaik dengan caption berikut :

"Slip dics dan tulang melengkung ****** Alhamdulillah dah berjaya betulkan empat disc tulang belakang."

Video menunjukkan seorang perawat alternatif mengukur menggunakan pembaris, menandakan kedudukan tulang belakang, dan mengetuk tukul bagi membetulkan kedudukan tulang belakang. Selepas itu, ukuran dilakukan semula dan kononnya menunjukkan perubahan ketara pada ukuran.

Saya percaya video tersebut menunjukkan prosedur rawatan bagi penyakit slipped disc berdasarkan caption dan komen yang ada. Namun, disc dan tulang belakang adalah dua entiti berbeza.


Fahami dulu anatomi dan patologi slipped disc sebelum saya ulas bahagian video.

1. Tulang belakang 'dipegang' antara satu sama lain dengan ligamen. Ia tidak mudah berubah kedudukan kecuali akibat trauma atau impak yang kuat seperti kemalangan berimpak tinggi. Kedudukan tulang belakang boleh dilihat melalui x-ray.

2. Disc BUKAN tulang belakang. Spinal disc atau intervertebral disc terletak di antara dua tulang belakang. Spinal disc mempunyai nucleus di bahagian tengah yang memainkan peranan dalam penyakit slipped disc. Spinal disc tidak boleh dilihat melalui x-ray.

3. Slipped disc juga dikenali sebagai herniated nucleus pulposus iaitu nucleus tertonjol keluar daripada tempat asal dalam spinal disc. Nucleus ini juga tidak boleh dilihat melalui x-ray.

4. Bahagian yang tertonjol itu akan menekan saraf, dan inilah yang kebiasaannya menyebabkan rasa sakit pada bahagian belakang kaki. Bagi kes yang teruk, lumpuh bahagian bawah badan mungkin boleh berlaku.

5. Diagnosis dibuat secara klinikal iaitu mengambil sejarah pesakit (sosiodemografi, simptom, faktor risiko, dan lain-lain) serta pemeriksaan fizikal.

6. Simptom : Sciatica iaitu sakit "menangkap" di bahagian belakang peha hingga ke kaki +/- sakit belakang bahagian bawah (low back pain). Ia boleh juga terjadi tanpa apa-apa simptom.

7. Kebiasaannya, kedudukan tulang belakang tidak terjejas dalam kes slipped disc. Maka, x-ray belakang adalah normal sahaja.

8. Bagi mengesahkan diagnosis, MRI akan dilakukan untuk melihat kedudukan spinal disc.

9. Majoriti sakit sciatica akibat daripada slipped disc akan berkurangan dalam tempoh 6 minggu. Rehabilitasi termasuk fisioterapi bagi menguatkan otot perlu dilakukan. Bagi kes yang sangat teruk (severe), pembedahan mungkin akan ditawarkan walaupun berisiko kerana dalam kes teruk, "benefit outweigh the risk".


Baca tentang slipped disc hingga faham, kemudian mari baca ulasan berkaitan video pula.

1. Slipped disc tidak melibatkan abnormaliti pada kedudukan tulang belakang. Mohon pencerahan apa perlunya ukuran dan ketukan bagi membetulkan kedudukan tulang belakang?

2. Ukuran yang dibuat kelihatan tidak tepat kerana tiada titik rujukan yang konsisten. Kelihatan dalam video pembaris diletakkan secara tidak konsisten menyebabkan ketidaktepatan pengukuran. Dalam perubatan, setiap pengukuran ada titik rujukan berdasarkan anatomi permukaan tubuh agar setiap ukuran adalah konsisten walaupun pada masa berbeza dan boleh dibandingkan dengan orang lain. Mohon pencerahan apakah titik rujukan yang digunakan.

3. Ukuran juga mungkin tidak tepat kerana pembacaan poin pada pembaris tidak dilakukan pada eye-level yang boleh menyebabkan ralat. Pembacaan pada eye-level adalah topik sains semasa di sekolah.

4. Slipped disc diakibatkan oleh tonjolan nucleus yang menyebabkan sakit sciatica. Jika tersilap ketuk, ia mungkin boleh menyebabkan keadaan lebih teruk sehingga pecah tulang belakang dan merosakkan fungsi saraf tunjang yang mengakibatkan lumpuh. "The risk outweigh the benefit". Mohon pencerahan apakah yang akan dilakukan jika komplikasi ini berlaku ketika prosedur tersebut dilakukan.

Saya faham pesakit slipped disc ingin sembuh daripada penyakit. Namun, dapatkan rawatan daripada perawat bertauliah. Bagi rawatan alternatif, pastikan berdaftar dengan TCM KKM agar ia dapat dikawalselia dan mengikut tatacara yang digariskan.

Hilang sakit bukanlah bermakna slipped disc sudah sembuh. Jika mahu tahu keberkesanannya, lakukan MRI sebelum rawatan dan ulang MRI serta merta selepas rawatan. Masa itu barulah boleh tahu sama ada ia benar-benar berkesan secara realiti atau hanyalah fantasi.

Masyarakat kena tahu apa itu slipped disc dan elakkan rawatan yang tidak dibuktikan secara klinilal malah berpotensi menyebabkan kebahayaan, Oleh itu tolong viralkan info ini dengan meluas. Terima kasih.

Friday, 24 February 2017

'Kenapa Allah SWT patahkan motosikal? Kenapa Allah tidak patahkan kamu?' - Bapa tegur anaknya keluar & guna motosikalnya tanpa izin

by

Oleh Mohd Faisal

1. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai bapa, mengenai insiden yang menimpa anak lelaki saya baru-baru ini. Mungkin juga ini boleh diambil sebagai pengajaran terhadap adik-adik remaja agar mematuhi larangan/nasihat ibu bapa. 

2. Saya ada seorang anak lelaki yang baru-baru ini tamat SPM. Sewaktu dia masih bersekolah, dia selalu menggunakan kenderaan saya baik motosikal atau kereta tanpa izin. Motosikal saya izinkan tetapi hanya di sekitar kawasan taman perumahan sahaja. Kereta, saya haramkan langsung. Ada berlaku kes yang dia curi-curi menggunakan kereta, tetapi dia akan kantoi dengan saya melalui adik-adiknya dan sudah tentu dia akan kena. Saya tidak benarkan sehingga dia ada lesen. 

3. Saya mengenakan kawalan yang ketat untuk keluar rumah. Kemana, di mana, dengan siapa dan berapa lama? Jika tanpa izin saya atau ibunya, maka saya akan menjerit dan dia akan makan penyakit. Saya tahu kawan-kawannya tidak sukakan saya kerana kawalan yang saya kenakan terhadap anak saya.

4. Selepas tamat SPM dan usianya layak untuk memohon lesen memandu, saya sendiri yang menghantar dan mendaftarkannya di sekolah memandu. Selepas tamat sekolah, dia rasa dia dah dewasa dan boleh bebas, boleh keluar dengan kawan-kawan atau keluar malam. Sekarang, saya haramkan dia dari terus keluar malam melainkan ada perkara-perkara tertentu dan dengan izin saya.

Saya tahu dia tidak sukakan saya sekarang, cuma dia jenis yang bukan melawan dan hanya memendam sendirian. Tetapi saya nak peduli apa? Saya beri dua pilihan sahaja kepada dia. 
  • Nak hidup dengan saya, maka kena ikut cara dan didikan saya
  • Jika mahukan kebebasan, saya boleh lepaskan tanggungjawab sebagai bapa dan kamu boleh bungkus kain baju serta keluar dari rumah ini untuk hidup sendiri

5. Dia lulus ujian memandu tahap pertama dan dapat lesen L. Kepaknya agak terbuka sedikit. Tetapi saya tidak benarkan dia memandu kereta lagi. Hanya motosikal sahaja dan itupun dengan kawalan saya. Dia mesti beritahu saya dengan jujur kemana dia mahu pergi, dengan siapa dan berapa lama. Ini bagi tujuan jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, saya tahu di mana mahu mencari dia, lalua nmana dan apa-apa sahaja petunjuk yang boleh membantu. 

6. Satu petang di awal Januari 2017, dia sedang buat kerja dengan saya tiba-tiba saja dia menghilang. Saya ingatkan dia pergi sembahyang atau berada di biliknya. Tiba-tiba dia menelefon saya. 

 Abah, abah! Cepat datang. Orang (saya) accident di Jalan Kebun...

Terkejut tak usah cakap, saya terus pergi tanpa memberitahu ibunya sebab tidak mahu isteri terkejut kerana dia ada darah tinggi. 

7. Tiba di tempat kejadian, terkejut saya melihat motosikal Vespa yang baru dibeli tiga bulan lalu. Bayar saja bayar dua kali dan belum buat servis 1,000 km pertama. Motosikal patah, kereta lelaki tua Cina yang dilanggarnya hanya kemek di bahagian bumper. Anak saya hanya luka di kaki. 

8 Melihat keadaannya yang tidak teruk, dia hampir saja 'dimakan' oleh saya di situ kerana keluar dan menunggang motosikal tanpa keizinan saya. Mujur lelaki tua dan bibiknya itu sempat menahan saya dari berbuat demikian. 

9. Saya tidak mempedulikannya beberapa hari, tak melihat lukanya dan tidak bertanya khabar kerana geram. Dia hanya dilayan oleh ibunya dan adik perempuannya sahaja. 

10. Pihak insuran motosikal menghubungi saya dan memaklumkan motosikal tersebut tidak boleh dibaiki lagi, total lost. Nasib baik insurans all rider dan anak pun ada lesen L. Saya yang bawa dia pergi buat lesen, saya yang menanggung kos, akhirnya motosikal saya yang hancur. 

11. Saya panggil dia dan tanya dia.

"Kenapa Allah SWT patahkan motosikal dan kamu sendiri terbang sewaktu kemalangan itu, tapi kamu hanya mengalami luka di bahagian kaki? Kenapa Allah tidak patahkan kamu atau cedera yang teruk? 

"Sebab jika melihat pada keadaan motosikal dan cerita-cerita saksi, tidak munasabah dengan kecederaan yang kamu alami. Tapi itu, Allahuakbar, Allah Maha Besar. Allhamdulillah. 

"Sebabnya Allah masih sayangkan kamu .Allah nak beri pengajaran kepada kamu agar mendengar nasihat/cakap ibu bapa. Tidak ada ibu bapa yang waras, yang nak mengawal atau mengongkong anak. Ibu bapa buat begitu sebab mereka sayangkan anak kerana ianya harta yang paling bernilai." 

12. Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada adik-adik remaja yang lain. dengarlah nasihat dan ajaran ibu bapa. Anak-anak seharusnya bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap anda. 

Hari ini kamu mungkin terasa menyampah dan nasihat ibu bapa itu mungkin tidak bernilai bagi kamu tetapi sesungguhnya satu hari kelak, ketika ibu bapa kamu telah diselimuti kain putih dan disimpan kemas dalam liang lahat, kamu akan menangis mengenangkan nasihat-nasihat ibu bapa kamu dulu dan ketika itulah baru kamu nampak nilainya. 

Semoga insiden yang berlaku di Johor Bahru adalah yang terakhir dalam negara kita. Dengarlah nasihat ibu bapa. Al-Fatihah - reporter

Pesuruhjaya Pas Satipu membisu isu Audi Q7

by
Pesuruhjaya Pas Satipu membisu isu Audi Q7

Setakat hari ini tidak ada sebarang penjelasan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu Satipu Bahri mengenai isu pembelian kereta mewah Audi Q7 milik Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Amin Razali minggu ini.

Sepatutnya beliau perlu menjawab perkara tersebut kerana perbuatan hidup mewah secara melampau pemimpin Pas amat berbeza dengan hidup sederhana dan zuhud yang dilaung-laungkan pemimpin  kepada pengikut parti Pas.

Jika diteliti dalam pelbagai isu yang berlaku di Terengganu sebelum ini beliau lah antara orang terawal yang memberikan kecaman dan menyebarkannya walaupun tidak pasti perkara itu benar atau fitnah.

Antara contoh terdekat adalah Satipu menviralkan isu warga emas Pok Weil yang dipaksa membuat fitnah terhadap Menteri Besar Terengganu di laman Facebook miliknya tanpa menyiasat kesahihan berita tersebut.

Isu berkenaan selepas disiasat terbukti dusta dan sengaja diada-adakan oleh pihak yang berniat jahat demi menjayakan kepentingan politik peribadi yang mahu menjejaskan imej pemimpin kerajaan negeri.

Namun walaupun tahu perkara berkenaan adalah rekaan semata-mata, Satipu mengambil sikap pentingkan diri sendiri dan tidak tampil menjelaskan situasi sebenar tetapi mengalih isu lain untuk menutup kesalahannya menyebar fitnah.

Ia jelas tidak sepadan dengan imej ustaz yang mempunyai latar belakang pendidikan agama tetapi mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu fitnah.

Bagi isu Audi Q7 ini, ramai penyokong Pas ternanti-nanti apakah kenyataan Satipu selaku pemimpin utama Pas negeri sama ada mahu membela At Takiri atau membuat tidak nampak perbuatan rakan seperjuangannya sedangkan ramai penyokong Pas masih hidup daif dan susah ketika ini.

Menjelang PRU14, elok benar tempat beliau digantikan dengan individu lain yang lebih bersih dan paling mustahak individu berkenaan mestilah tidak menyebarkan berita yang tidak benar kerana dosa fitnah itu lebih berat daripada membunuh.

Beliau sepatutnya mencontohi pemimpin Pas Pusat yang mengambil pendekatan bekerjasama dengan UMNO berlandaskan kepada kepentingan ummah

Thursday, 23 February 2017

'Kami beli kenderaan Proton sebab sokong kenderaan keluaran Negara Islam' - Kelab Proton Turki

by
TURKI - Walaupun sukar mendapatkan alat ganti kereta buatan Malaysia ini, namun ia bukanlah halangan bagi pengguna dan pencinta kenderaan Proton dari kalangan warga Turki. 

Muhamad Nur Thaqib Shaker, pelajar Malaysia di Turki, Exco Data, Komunikasi dan Perhubungan MASAT berkongsi pengalamannya pernah ternampak beberapa kereta Proton model lama yang masih menyelusuri jalan raya di negara itu seperti Proton Waja, Saga dan terdapat juga Proton Waja yang dijadikan sebagai teksi di Istanbul. 

Apa yang lebih mengejutkan, terdapat Kelab Proton Turki yang ditubuhkan bagi menghimpunkan para pengguna dan pencinta kenderaan Proton. 

Muhamad tidak melepaskan peluang untuk mendekati kumpulan ini dan ingin mengetahui mengapa kereta Proton menjadi pilihan mereka. 

"Kebanyakannya mengatakan sebab utama mereka membeli dan menggunakan kenderaan Proton ialah untuk menyokong kenderaan keluaran Malaysia sebagai sebuah negara Islam, di samping harga Proton yang begitu murah. 

"Dari segi aspek keseluruhan, mereka mengakui bahawa ia sebuah kenderaan berkualiti, selesa, kukuh dan baik dari segi pemanduan. Namun mereka berdepan dengan kesukaran untuk menemui pakar kereta PRoton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat gantinya," tulis Muhamad. 


Bagi seorang pemuda Turki yang berusia 19 tahun dari Istanbul ini, Hami Akyuz, merupakan peminat tegar jenama Proton telah menggunakan sekurang-kurangnya 18 jenis kereta Proton semenjak 8 tahun dan masih setia bersama jenama Proton. 

"Proton adalah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli. Saya dan peminat jenama kereta Malaysia ini juga amat berharap model baharu Proton dapat masuk ke Turki lagi," ujarnya. 


Okan, 33 juga berasal dari Istanbul, mula memandu kereta Proton sejak dua tahun lalu. Bagi Okan yang pernah bekerja dalam sektor kenderaan dan sudah biasa dengan pelbagai jenama kereta lain, Proton dianggap sebagai antara otomobil yang berkualiti tinggi. 

"Proton mempunyai prestasi yang baik setanding dengan jenama kenderaan dari negara lain. Sekiranya dilihat pada harganya yang berpatutan dan sememangnya merupakan salah sebuah kenderaan yang terbaik. 

"Saya harap Malaysia terus berjaya dan saya meminta supaya kerajaan dan rakyat Turki terus menerus menyokong kenderaan ini," katanya. 


Difahamkan, Proton pernah dibawa masuk ke pasaran negara itu seawal tahun 1993 dengan jenama Proton Wira. Tetapi hanya empat buah sahaja untuk pertunjukan kereta. Sekitar lima unit Proton dihantar ke Turki untuk percubaan kali pertama pada 1994 di bawah kendalian Ortaklar Motor. 

Kemudian Proton kembali masuk ke pasaran Turki pada 1997 di bawah kendalian JetPA tetapi hanya bertahan sehingga tahun 2000 selepas syarikat tersebut mengalami masalah. 

Pada tahun 2004, Proton sekali lagi dibawa masuk ke Turki di bawah Ulumotor yang bertindak sebagai pengedar utama di Turki sehingga ke hari ini. - The Reporter 




Ketahui Kos Sebenar Pemilik Kereta Perlu Tanggung

by
Sebelum ini kami ada menyiarkan pasal Kalau Gaji RM2,500, Belilah Kereta Bernilai RM30,000, iaitu dengan kiraan kasar Gaji x 12 Bulan. Ini bermakna jika anda bergaji RM2,500 sebulan maka anda selayaknya memandu kereta bernilai RM30,000.
Ada yang seakan tidak percaya, tetapi ada beberapa sebabnya, iaitu anda perlu tahu kos sebenar pemilikan kereta.
Ini adalah kerana kos sebenar memiliki kereta adalah jauh melangkaui bayaran bulanan sewa beli dengan pihak bank! Di antara kos-kos lain yang terlibat, samada kita sedar atau tidak adalah:

#1. Insurans / Takaful Kereta

Perlu diperbaharui setiap tahun. Tanpa insurans, cukai jalan tidak boleh diperbaharui. Premium yang perlu dibayar bergantung kepada nilai semasa kereta dan jenis liputan perlindungan (comprehensive/third party). Ini merupakan kos lebur, tiada nilai tebus balik kecuali disebabkan pembatalan polisi kerana menjual kereta atau sebagainya. 

#2. Cukai Jalan

Dibayar kepada kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Diperbaharui setiap 6 atau 12 bulan, dan bergantung kepada kapasiti enjin.
Sebagai contoh; 1000cc (RM20/tahun), 1300cc (RM70/tahun), 1500cc (RM90/tahun) dan 2000cc (RM380/tahun). 

#3. Harga Petrol/Diesel

 

Bergantung kepada harga petrol semasa, jarak perjalanan harian dan keupayaan enjin. Cara pemanduan juga sedikit sebanyak mempengaruhi penggunaan minyak. Kereta-kereta baru moden biasanya dilengkapkan dengan pelbagai teknologi untuk menjimatkan penggunaan minyak. Biasanya penggunaan diukur dengan unit kilometer per liter (km/L). Data biasanya boleh diperolehi daripada brocur pengeluar kereta. 
Sebagai contoh Perodua Axia auto boleh bergerak sejauh 21 km bagi setiap liter minyak. Kalau Honda Civic 2.0 pula dalam 11 km bagi setiap liter minyak.

#4. Kos Penyelenggaraan dan Servis

Untuk memelihara kebolehpanduan dan keselesaan, kereta perlu diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Kos bergantung kepada jenama dan umur kereta yang dipandu, dan boleh mencecah ratusan ringgit malah ribuan ringgit untuk setiap lawatan servis!
Antara yang kerap ditukar/diservis adalah minyak enjin, minyak gear, penapis minyak enjin, penapis udara, palam pencucuh dan alas brek. 
Sebagai contoh; Kos bagi kereta Honda biasanya mencecah RM300 – RM500 bagi sekali servis minor. Kalau major servis boleh mencecah sehingga RM1,000 (Fakta ini diambil berdasarkan pengalaman penulis)

#5. Kos Tidak Terjangka

 

Akibat daripada “wear-and-tear” penggunaan biasa, kerosakan komponen yang tidak ditanggung oleh jaminan pengeluar dan penggantian kritikal seperti bateri kereta dan tayar.
Sebagai contoh harga bateri jenama Century bermula dari RM190. Harga tayar Michelin pula dalam lingkungan RM300 sebiji. Nak lebih murah tayar jenama Goodyear dalam lingkungan RM200 sebiji. 4 biji kot nak tukar. Pandai-pandailah cari tayar yang murah ya!
Tanamkan sifat prihatin; aspek keselamatan tidak sepatutnya dikompromi dalam apa jua keadaan sekalipun! 

#6. Kos Tol/Parkir

Jika kereta digunakan untuk ulang alik ke pejabat, maka tentunya kos tol dan parkir harian perlu diambilkira. Jika anda menetap di bandar-bandar besar, kos ini juga boleh mencecah ratusan ringgit sebulan tanpa kita sedari.
Sebagai contoh kadar parkir di bandaraya Kuala Lumpur telah pun dinaikkan berkuatkuasa Julai 2016. Jika diambil RM1.50 sejam x 8 jam bekerja = RM12 sehari!

#7. Kos Susut Nilai (Depreciation)

Perbezaan di antara nilai asal sewaktu anda beli kereta dengan nilai semasa. Bergantung kepada pelbagai aspek seperti keadaan kereta, permintaan, spesifikasi dan lain-lain. Hal ini perlu diambil kira kerana anda boleh membuat anggaran kerugian yang akan ditanggung apabila menjual semula kereta tersebut. Secara amnya, susut nilai kereta adalah di dalam lingkungan 8% hingga 15% setahun.

Perit Menanggung Sebenarnya?

Apabila dilihat semula dengan terperinci, banyak juga kos-kos yang terlibat. Perlu diingat juga kos pembiayaan kereta yang dipersetujui bersama bank asalnya juga telah dikenakan faedah ke atasnya bergantung kepada tempoh pembayaran balik.
Tidak memeranjatkan bahawa pinjaman kereta adalah antara punca utama rakyat Malaysia menjadi bankrap kerana memandang rendah kos sebenar pemilikan kereta! Kereta adalah liabiliti, dan bukannya aset. Diharap kita semua akan lebih berhati-hati dan mempertimbangkan perihal ini apabila merancang untuk membeli kereta baru kelak.
Ditulis Oleh: Kamil Adlee

Bilionair Melayu ‘Low Profile’ Miliki 4 Jet Eksekutif, 40 Buah Helikopter

by

TAN SRI SYED AZMAN SYED IBRAHIM

TAN SRI SYED AZMAN SYED IBRAHIM: BILIONAIR MELAYU ‘LOW PROFILE’ YANG MEMILIKI 4 JET EKSEKUTIF, LEBIH 40 BUAH HELIKOPTER!

Beliau asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.
Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan kepadanya. Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz.
Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.
Dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat. Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.
5 tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.
Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.
Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc. Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”
Hehehe…comel tak jawapan tu?
Sumber asal : Syahril A. Kadir


“Saya Boleh Beli Lori Atau Kapal Terbang”- MP Pas

by
Datuk Dr Khairuddin Aman Razali 
Anggota parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mempertahankan langkahnya membeli kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya, yang menyebabkan beliau diserang hebat di Internet.
Kenderaan baru jenis itu bernilai kira-kira setengah juta ringgit.
Ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu hari ini dilaporkan mempertahankan tindakan itu kerana ia sebahagian daripada haknya.

“Saya ada hak beli apa yang saya mahu.

Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star Online.
Isu itu timbul minggu ini selepas isterinya didakwa memuat naik gambar kereta itu di Facebook dengan status bertulis:
"Kita dapat hadiah kereta dari En Somi"," tulisnya.
Dengan kereta itu, tambahnya, bolehlah mereka "merayap" ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, Khairuddin juga berkata beliau berkemampuan membeli kereta itu dan menggunakan sumber-sumber kewangan yang sah.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia kereta baru atau dibeli daripada orang lain.

Khairuddin dan isterinya juga dilaporkan terlibat dalam perniagaan produk kecantikan.

Wednesday, 22 February 2017

PAS Kini Kuat ‘Berdrama’, Guan Eng Kit Siang Lebih Berakhlak- Abby Abadi

by
Abby Abadi 
Terbaru, bekas penceramah PAS, Abby Abadi kini dilihat mengecam PAS ekoran parti Islam itu menolak parti DAP dan Pakatan Harapan.
Malah beliau juga menyifatkan ketua anggota parlimen Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang kononnya nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga Amanah Rakyat di Pulau Pinang.
“Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang. Nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga Amanah Rakyat di Penang.
“Cakap kurang, kerja lebih. Macam itulah bagus,” katanya.
Abby mendakwa PAS kini sudah berubah dan lari dari perjuangan asal parti itu selepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Waktu tu saya ada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja. Setiap butir perkataan Almarhum saya pahat dalam kepala saya ini.
“Alih-alih, lepas ketiadaan Almarhum Nik Abdul Aziz segalanya berubah,” katanya.
Dalam pada itu, Abby juga menyifatkan PAS kini kuat ‘berdrama’.
“Tetap nak menegakkan syiar Islam tapi nak bekerjasama dengan Umno-BN pula. Drama pula situ sana sini. Kejap Hudud, kejap RUU. Skandal duit lagi” jelasnya.
Selain itu, Abby turut mendakwa beliau tidak nampak DAP menghina Islam seperti yang diperbesarkan.
“Kalau pun mereka tolak Hudud ke, RUU ke biarlah, dah tentu mereka bukan Islam” jelasnya lagi.
-pru14.tv-

Top Ad 728x90

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib